the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Enam lelaki ditahan disyaki gaduh di hadapan klinik kesihatan

IPOH: Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata kejadian yang berlaku pada Rabu lepas itu melibatkan seorang mangsa berusia 48 tahun.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 37 tahun. Polis turut merampas sebatang rotan dan kayu disyaki digunakan dalam pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada masalah keluarga.

“Dua daripada lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah. Kesemua yang ditahan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video kejadian kerana kes masih dalam siasatan selain mengelak daripada mendatangkan kebimbangan terhadap orang ramai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings