the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kunlavut ketepikan bekas juara dunia Kean Yew dalam saingan suku akhir Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor sembilan dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand menyifatkan kejayaannya menewaskan bekas juara dunia Loh Kean Yew dalam masa 80 minit untuk mara ke perlawanan separuh akhir Terbuka Malaysia adalah kerana beliau bermain tanpa sebarang tekanan.

Walaupun berhadapan dengan pemain dari Singapura yang lebih berpengalaman dan berada di kedudukan ranking lebih tinggi, Kunlavut , 21, berkata secara peribadi beliau merasakan bahawa bermain tanpa tekanan menjadi punca yang membolehkan beliau memenangi perlawanan peringkat suku akhir hari ini dengan 21-11, 20-22, 21-14.

“Kean Yew bermain dengan baik, pantas dan hebat semasa menyerang, namun saya juga bermain dengan baik hari ini. Saya tidak merasa tekanan apabila bertembung dengan pemain pada ranking lebih tinggi, saya terus mengawal permainan dengan baik,” kata pemain yang pernah menjadi juara remaja dunia tiga kali itu.

Kemenangan itu menjadikan sehingga kini dalam rekod empat pertemuan sebelum ini Kunlavut berjaya menewaskan Kean Yew tiga kali, dan tumpas hanya sekali pada pertemuan pertama mereka di kejohanan Thailand International Challenge 2015.

Dalam pertembungan separuh akhir esok Kunlavut akan berentap dengan pemenangan dalam pertemuan antara Kodai Naraoka dan Jepun dan HS Prannoy dari India. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings