the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bukit Larut ditutup akibat tanah runtuh, pokok tumbang halang laluan utama

IPOH: Pusat Peranginan Bukit Larut di Taiping ditutup sepenuhnya kepada umum ekoran kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat pada pukul 3 petang semalam.

Menurut kenyataan yang dikongsi menerusi Facebook Pengurusan Bukit Larut, kejadian tanah runtuh itu juga mengakibatkan laluan utama kawasan itu terhalang oleh keadaan tanah dan pokok tumbang di KM 10 jalan berkenaan.

“Susulan kejadian, kawasan peranginan berkenaan telah ditutup sepenuhnya daripada sebarang aktiviti bagi mengelak risiko. Kita akan maklumkan dan kemas kini tempoh penutupan ini selepas (pemeriksaan) tahap keselamatan dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kelak,“ menurut kenyataan itu.

Beberapa keping gambar dikongsikan di dalam Facebook itu yang memaparkan kejadian tanah runtuh yang turut berlaku di laluan jalan berdekatan Tea Garden Bukit Larut.

Ekoran kejadian itu JKR telah mengambil langkah keselamatan segera dengan memasang plastik menutupi kawasan yang runtuh bagi mengelak kesan hakisan berterusan, malah kon dan pita keselamatan telah dipasang di sepanjang jalan yang terlibat bagi menanda laluan yang terjejas. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings