the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Seramai 224,828 pengundi awal jalankan tanggungjawab esok: SPR

KUALA LUMPUR: Sejumlah 224,828 orang pengundi awal akan menjadi kumpulan pertama mengundi pada proses pengundian di 578 Pusat Mengundi Awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan berkata jumlah itu terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bagi tujuan ini, Pusat Mengundi Awal yang telah ditetapkan SPR akan dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang. Namun terdapat beberapa Pusat Mengundi Awal yang akan ditutup lebih awal.

SPR turut menyarankan kepada pengundi awal yang positif COVID-19 untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi memudahkan urusan pengundian awal nanti,” katanya.

Proses pengundian awal itu turut disaksikan oleh ejen calon yang bertanding dan akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR di beberapa Pusat Mengundi Awal terpilih.

Menurutnya, kertas-kertas undi awal akan disimpan di lokap-lokap balai polis untuk jagaan selamat dan hanya akan dikira pada Sabtu (19 Nov) ini bermula 4 petang di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR disaksikan oleh ejen calon masing-masing.

SPR turut menasihati pengundi untuk membuat semakan maklumat pengundian melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 atau 03-88880040 selain aplikasi MySPR Semak.

SPR menetapkan 19 Nov sebagai hari mengundi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings