the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Teh Hong Piow gergasi dalam fraterniti perbankan, kata bekas Gabenor BNM

KUALA LUMPUR: Pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow, yang meninggal dunia hari ini pada usia 92 tahun, merupakan gergasi dalam fraterniti perbankan, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim (gambar).

“Beliau banyak menyumbang kepada industri perbankan dari segi pengembangan produk dan perkhidmatan termasuk meluaskan akses kepada kredit untuk ekonomi,“ katanya kepada Bernama susulan berita pemergian Teh hari ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Public Bank berkata Teh, yang mengasaskan bank itu pada 1965, meninggal dunia 10.20 pagi tadi.

Teh dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan sejak memulakan operasi perniagaan pada 6 Ogos 1966.

Beliau mendedikasikan hidupnya untuk membina bank itu menjadi sebuah kumpulan perbankan yang kukuh di Malaysia.

Teh melepaskan jawatan CEO serta dilantik semula sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif pada 1 Julai 2002. Beliau bersara sebagai pengerusi bukan eksekutif menjelang 31 Dis 2018.

Beliau kemudian, dilantik sebagai Pengerusi Emeritus dan Penasihat Public Bank pada 1 Jan 2019, dan kekal sebagai pengarah bukan eksekutif dalam lembaga Public Bank, katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings