the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota imigresen, adik dan orang tengah direman bantu siasatan kes ‘pasport terbang’

SIBU: Seorang anggota imigresen, adik lelakinya dan seorang individu yang disyaki orang tengah direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes suapan berkaitan pengeluaran ‘pasport terbang’ di sini.

Perintah reman terhadap mereka yang masing-masing berusia 36, 32 dan 42 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sibu Rommie Ahmad Zaidi selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga lelaki itu ditahan SPRM antara 2.55 hingga 5.35 petang semalam untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SPRM membuat penahanan selepas menerima maklumat mengatakan penjawat awam gred KP19 itu telah meminta dan menerima suapan wang rasuah secara ‘perbankan dalam talian’ pada 2017 dan 2018.

Suapan itu diterima daripada individu yang disyaki menjadi orang tengah aktiviti ‘pasport terbang’ di sekitar Sibu sebagai balasan memasukkan data di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia bagi melanjutkan tempoh Pas Lawatan Sosial (PLS) yang telah tamah tempoh.

Suapan itu dipindahkan dari akaun individu itu ke akaun bank adik anggota imigresen berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings