the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kaukus Ahli Parlimen Johor diharap perjuang projek keutamaan rakyat

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (gambar) berharap kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Johor akan memperjuangkan projek keutamaan rakyat negeri itu yang melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu berkata ini kerana projek-projek keutamaan berkenaan akan memberikan limpahan ekonomi kepada Johor dan menjadi tanggungjawab Ahli-Ahli Parlimen untuk membawa suara hati Bangsa Johor ke Dewan Rakyat dan kerajaan Persekutuan.

“Mengenai pembentukan kaukus yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Perling (Liew Chin Tong) dan Yang Berhormat Benut (Datuk Seri Hasni Mohammad), saya menyerahkannya kepada kebijaksanaan Ahli-Ahli Parlimen dari Johor.

“Saya memohon dan merayu kepada semua Ahli-Ahli Parlimen dari negeri Johor untuk terus memperjuangkan projek-projek keutamaan rakyat negeri yang melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.

“Marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan ikhtiar bagi menjayakan inisiatif dan dasar kerajaan Persekutuan yang boleh mensejahterakan Bangsa Johor,“ katanya dalam ucapan penggulungan Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Antara projek keutamaan rakyat negeri termasuk pembinaan lorong tambahan di Lebuhraya Utara Selatan antara Yong Peng Utara hingga Senai Utara, projek pelebaran Lebuhraya Senai- Desaru Expressway, pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor Bahru dan projek-projek bekalan air negeri.

Selain itu, rancangan-rancangan tebatan banjir, sekolah-sekolah rendah dan menengah yang perlu dinaik taraf, kualiti pendidikan negeri dan negara, insentif untuk pelabur terus melabur di Johor, perluasan kadar penembusan jalur lebar, Sistem Transit Rapid (RTS) serta mengembalikan kereta api berkelajuan tinggi (HSR), tambah beliau.

Pada 4 Dis lepas, Liew (DAP-Perling) ketika membahaskan Belanjawan 2023, mencadangkan kepada Hasni (BN-Benut) bahawa satu Kaukus Ahli-Ahli Parlimen Johor perlu ditubuhkan melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH.

Hasni kemudian dilapor berkata kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH Johor mampu memacu pembangunan Johor menjadi sebuah negeri yang maju.

Sementara itu, berhubung isu jalan raya, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM694 juta untuk menyelenggara, membina dan menaik taraf kemudahan itu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Sebanyak RM150 juta bagi menyelenggara jalan negeri di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya, RM300 juta bagi menyelenggara jalan pihak berkuasa tempatan, RM170 juta bagi menyelenggara jalan-jalan kampung di bawah seliaan pejabat daerah, RM24 juta bagi jalan pertanian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dan RM50 juta bagi membina dan menaik taraf jalan-jalan kampung,“ katanya.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata bagi menghargai kepimpinan dan peranan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat, kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun mereka sebanyak RM300 daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan.

Beliau berkata kerajaan Johor juga berharap agar kerajaan Persekutuan menyambut baik inisiatif berkenaan seterusnya menambah sekurang-kurangnya RM300 lagi bagi menjadikan elaun Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat meningkat kepada RM1,500 sebulan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings