the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Paris ditahan dengan barang kemas €10 juta dalam seluar dalam

PARIS: Polis Perancis menahan seorang penumpang di sebuah stesen kereta api Paris selepas dia didapati menyembunyikan sejumlah barang kemas mewah bernilai €10 juta (US$11.7 juta) dalam seluar dalamnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pejabat Pendakwa Raya Paris pada Isnin memaklumkan siasatan berkaitan pengendalian barang curi oleh kumpulan jenayah telah dibuka terhadap lelaki itu serta seorang rakannya yang turut ditahan. Mereka juga didapati membawa sebuah alat pemotong besi dalam bagasi.

Menurut akhbar Le Parisien yang memetik pihak penyiasat, kedua-dua lelaki itu sudah dikenal pasti pihak berkuasa sebelum ini dan ditahan ketika pemeriksaan rutin di stesen kereta api jarak jauh Gare de Lyon selepas ketibaan sebuah kereta api.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki itu menyembunyikan sehelai stoking di dalam seluar dalamnya yang berisi seutas jam tangan mewah serta beberapa barang kemas lain.

Rampasan itu termasuk seutas rantai bernilai kira-kira €5 juta (US$5.9 juta), sepasang anting-anting bernilai lebih €2 juta (US$2.3 juta), serta sebentuk cincin bernilai €1 juta (US$1.2 juta). – Bernama, dpa

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings