the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jemaah Menteri setuju tubuh RCI teliti dakwaan buku Tommy Thomas

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti secara holistik Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan RCI itu adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata penubuhan RCI itu diputuskan selepas meneliti syor-syor dicadangkan Pasukan Petugas Khas dipengerusikan Datuk Seri Fong Joo Chung dalam laporan yang dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Kerajaan memandang serius terhadap dakwaan yang melibatkan pelanggaran tanggungjawab profesional suatu jawatan tertinggi. Hal ini kerana ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan dan institusi kerajaan.

“Oleh itu, cadangan Terma Tauliah RCI ini akan mempunyai skop yang lebih luas dan tidak terhad kepada syor-syor yang telah dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya RCI itu bertujuan mencari kebenaran serta mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.

Azalina berkata Terma Tauliah yang terperinci, keahlian dan tempoh RCI ini akan dicadangkan kemudian oleh kerajaan.

‘My Story: Justice in the Wilderness’ merupakan karya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang diterbitkan pada Januari 2021 dan penuh dengan pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan kajian awalan berhubung pendedahan yang terkandung dalam buku itu pada Oktober tahun sama.

Pada 13 Okt tahun lepas, kerajaan pada ketika itu menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas yang antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan melakukan pelbagai kesalahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings