the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: Buat laporan jika ada perbuatan sogokan, rasuah undi pos

LARUT: Pihak terlibat diminta tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mempunyai maklumat berhubung dakwaan berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos yang dikesan di mana-mana kawasan di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar) berkata pihak yang membuat dakwaan itu perlu mengemukakan bukti supaya tindakan boleh diambil berhubung kesalahan berkenaan.

“Kalau betul mereka (pengundi) dibayar, kita minta supaya membuat laporan agar pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan secara mendalam. Siasatan akan dilakukan dengan adil tidak kira di mana sahaja.

“Jadi kalau benar yakin perlu menunjukkan bukti dan kita akan mengambil tindakan mengikut perundangan,“ katanya ketika ditemui pemberita pada Program Beramah Mesra Bersama Warga Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun menafikan perkara itu dan menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan.

Selain itu, katanya tuduhan sedemikian telah mencemarkan imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menghina anggota tentera bukan hanya di Bera, malah di seluruh negara yang selama ini berkhidmat mempertahankan negara serta dihormati masyarakat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings