the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua pegawai operasi, konsultan syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu

PUTRAJAYA: Seorang ketua pegawai operasi syarikat pembinaan dan seorang konsultan syarikat pembinaan warga United Kingdom direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan sebuah projek bangunan 41 tingkat di ibu negara berjumlah RM389 juta.

Perintah reman terhadap dua lelaki berumur lingkungan 50-an itu, dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin setelah membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Semalam, kedua-dua individu itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada kira-kira 3 petang ketika hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu itu dipercayai bersubahat membantu syarikat pembinaan tersebut mengemukakan sejumlah tuntutan palsu kepada sebuah syarikat pelaburan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan itu memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings