the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rayuan pendakwaan kes VLN Zahid: Pengurusan kes ditetapkan 17 Feb

PUTRAJAYA: Rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 17 Feb ini.

Tarikh pengurusan kes baharu itu disahkan oleh sumber ketika dihubungi.

Pengurusan kes bagi rayuan itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 26 Sept tahun lepas di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri.

Pada 23 Sept 2022, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membebaskan Ahmad Zahid, 69, yang juga Presiden Umno, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Ahmad Zahid didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Dalam petisyen rayuan difailkan 29 Dis lepas, pendakwa raya selaku perayu mengemukakan 14 alasan tertumpu kepada dapatan fakta dan undang-undang yang dibuat oleh Hakim Mohd Yazid terhadap persoalan sama ada berlakunya pemberian dan penerimaan wang secara rasuah dalam kes tersebut.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings