the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes kematian Covid-19 menurun 90 peratus sejak Feb: WHO

MOSCOW: Kadar kematian akibat Covid-19 di peringkat global menurun hampir 90 peratus sejak Februari meskipun kadar ujian dan vaksinasi kekal rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.

“Hanya lebih 9,400 kematian Covid-19 dilaporkan kepada WHO minggu lalu.

“Angka itu 90 peratus kurang berbanding Februari tahun ini, dengan kadar kematian mingguan melebihi 75,000,“ kata Tedros pada taklimat media pada Rabu.

Beliau berkata bahawa masyarakat antarabangsa telah mencapai beberapa kejayaan dalam memerangi pandemik Covid-19 tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, dan kerajaan serta rakyat harus terus berwaspada.

“Kadar ujian dan penjujukan kekal rendah di peringkat global, jurang vaksinasi kekal luas, dan kewujudan varian baharu secara berterusan kekal membimbangkan.

“WHO terus menggesa orang ramai untuk berhati-hati, dan meminta orang ramai melengkapkan suntikan vaksin mereka,“ kata ketua WHO itu.

Sehingga 9 November, sejumlah 630 juta kes Covid-19 direkodkan di seluruh dunia, termasuk 6.5 juta kematian, menurut WHO. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings