the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah rayuan tetap 18 Mei 2023 dengar permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah menetapkan 18 Mei tahun depan untuk mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung semakan kehakiman beliau bagi mencabar pelantikan seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah RM1.25 bilion membabitkan projek hibrid solar yang dihadapinya.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh itu ditetapkan susulan pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman hari ini.

Pada 30 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Tan Sri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kesnya.

Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu pada 24 Jun lepas di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.

Beliau memohon satu deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021, adalah tidak sah.

Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 Nov 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman dua hari sebelum Mohamad Zaini memberikan keputusan dalam kes rasuah beliau.

Pada 1 Sept lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Rosmah berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion bagi menyalurkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah di kawasan luar bandar Sarawak.

Beliau telah memfailkan rayuan berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya dan kini bebas dengan jaminan sebanyak RM2 juta sementara menunggu pendengaran kesnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings