the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nanta mahu lebih banyak wakil kaum Dayak, Cina dilantik timbalan menteri persekutuan

KUCHING: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (foto) mahu lebih ramai wakil kaum Dayak dan Cina dilantik sebagai timbalan menteri Persekutuan bagi mencerminkan pemimpin berbilang kaum yang bersatu di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata secara idealnya, masyarakat etnik minoriti seperti Bidayuh, Lun Bawang, Kayan, Kenyah, Melanau dan Iban harus diberi peluang untuk terlibat dalam kerajaan itu.

“Tidak dilupakan, Ahli Parlimen daripada masyarakat Cina Sarawak juga perlu diberi peluang untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri. Ini termasuk calon daripada DAP,” katanya.

Beliau berkata antara Ahli Parlimen yang boleh dipertimbangkan termasuk Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo), Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah), Datuk Anyie Ngau (Baram), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rejang) dan Datuk Seri Sophia Brodie (Sri Aman).

“Hampir kesemua mereka pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan seorang daripada mereka juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara. Oleh itu, pengalaman luas pemimpin ini perlu dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri,” katanya.

Walaupun menyedari sepenuhnya bahawa pelantikan timbalan menteri adalah prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nanta berkata sebagai pemimpin kaum Dayak dalam GPS, beliau menyatakan sentimen dan harapan masyarakat ini di Sarawak.

Nanta yakin Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang juga Pengerusi GPS, berkongsi pandangan yang sama mengenai perkara ini berdasarkan gaya inklusif dan pemahaman beliau tentang masyarakat yang pelbagai di negeri ini.

“Kejayaan cemerlang Abang Jo dalam menerajui Sarawak adalah kerana gaya dan cita rasanya yang inklusif dan tidak diragukan lagi pemahaman penuhnya tentang hakikat bahawa Sarawak sememangnya sebuah negeri berbilang kaum, pelbagai bahasa, budaya, agama dan komposisi yang sangat pelbagai dalam hampir setiap aspek seluruh penduduk Sarawak.

“Saya percaya dengan kebijaksanaan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan perkara ini. Saya berharap sesiapa sahaja yang dilantik perlu memikul tanggungjawab ini dengan penuh integriti bagi memastikan agenda pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat dapat direalisasikan dengan jayanya,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings