the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid: Mahkamah tolak permohonan pengundi DUN Skudai cabar tindakan SPR halang mengundi

KUALA LUMPUR: Seorang pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai hari ini gagal dalam permohonan bagi mencabar tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalangnya daripada mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac lepas.

Peguam New Sin Yew, yang mewakili R.K Tamileswaaran, ketika dihubungi Bernama berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan semakan kehakiman anak guamnya tanpa perintah berkaitan kos.

Pada 22 Jun lepas, Tamileswaaran memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap SPR dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden.

Menerusi permohonan difailkan pada 8 Jun lepas, Tamileswaaran memohon mahkamah membatalkan keputusan atau tindakan SPR yang menghalangnya daripada mengundi pada 12 Mac atas alasan beliau masih dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 pada 7 Mac.

Turut dimohon ialah deklarasi bahawa SPR bertindak secara salah di sisi undang-undang dalam menafikan hak Tamileswaaran untuk mengundi selain deklarasi bahawa SPR mencabuli hak beliau di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Tamileswaaran telah diarah menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19 dan pada hari pengundian, beliau sudah enam hari dikuarantin.

Pada 11.58 pagi hari pengundian, Tamileswaaran mendakwa telah menjalani ujian saringan kendiri di rumah dan keputusan menunjukkan bahawa beliau negatif COVID-19. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings