the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Momentum kemenangan Speedy Tigers ditagih di final Piala Sultan Azlan Shah

IPOH: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (gambar) yakin skuad hoki negara mampu meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2022, esok.

Beliau berkata walaupun pada awalnya Speedy Tigers dilihat agak goyah, namun pasukan negara berjaya bermain dengan baik hingga layak ke pentas akhir untuk berdepan Korea Selatan.

“Ini peluang besar buat kita bagi merangkul kejuaraan dan saya harap kali ini kita benar-benar memperoleh kejayaan melalui doa, sokongan dan restu dari seluruh rakyat agar kita boleh menjulang Piala Sultan Azlan Shah yang pertama.

“Saya amat yakin Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pihak swasta dan penaja akan memikirkan insentif yang akan diberikan kepada pemain sebagai penyuntik semangat untuk bermain pada malam esok menentang Korea Selatan pada aksi final,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Tambun hari ini.

Skuad hoki lelaki negara layak ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2022 setelah mempamerkan aksi berbisa membenam Jepun 4-2 dalam perlawanan terakhir liga.

Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Arul Selvaraj mengumpul 10 mata menerusi tiga kemenangan, satu seri dan satu kalah untuk menduduki tempat kedua manakala Korea Selatan mengesahkan kedudukan teratas selepas menumpaskan Afrika Selatan 2-1.

Malaysia tidak pernah muncul juara sejak kejohanan berprestij itu diperkenalkan pada 1983 dengan pencapaian terbaik adalah naib juara sebanyak lima kali dan edisi terakhir pada 2019 menyaksikan skuad negara meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kanada 4-2, manakala juara menjadi milik Korea Selatan dan India naib juara.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings