the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kekal berkecuali dalam hubungan dengan kuasa besar dunia

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Perdana Menteri tekankan kejayaan Malaysia mengimbangi hubungan dengan AS, China, Rusia dan BRICS semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menegaskan kejayaan Malaysia juga dapat dilihat apabila berjaya menghimpunkan pelbagai pemimpin dunia dan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan China serta wakil blok BRICS yang turut mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama Malaysia sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.

Anwar berkata pencapaian tersebut membuktikan kemampuan Malaysia mengimbangi hubungan antarabangsa dengan prinsip berkecuali dan kesederhanaan.

“Bayangkan dalam sidang yang sama, selang beberapa hari, hari ini dengan Amerika Syarikat, kemudian Brazil, Afrika, selepas itu China dan Rusia, dan kita layan semua dengan baik dalam semangat perbincangan yang membina.”

“Sebab kita sebagai negara membangun yang relatif kecil perlu berusaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan semua,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Anwar turut menegaskan bahawa perhatian global terhadap Malaysia tidak seharusnya dianggap sebagai kejayaan peribadinya semata-mala, sebaliknya hasil kerja keras puluhan ribu penjawat awam dan sukarelawan yang menjayakan penganjuran sidang kemuncak berprofil tinggi itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam, anggota beruniform, mahasiswa serta pihak swasta yang disifatkannya amat cemerlang dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings