the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar sekolah antara ditahan bantu siasatan penemuan dadah lebih RM1.4 juta

KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata rampasan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang ternampak kereta jenis Perodua Myvi berhenti secara tergesa-gesa sejauh 200 meter dari sekatan jalan raya yang dilakukan di kampung itu.

“Pemandu dan penumpang kereta itu bertindak melarikan diri manakala pemeriksaan pada but kenderaan yang ditinggalkan itu menemukan 26 peket plastik lut sinar disyaki dadah yang diletakkan di dalam dua guni putih dan satu beg pakaian plastik beroda warna hitam ,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata susulan itu, pihaknya melakukan empat serbuan pada hari sama hingga semalam dan menahan keempat-empat lelaki itu yang berusia 16 hingga 30 tahun di Pasir Mas.

Beliau berkata mereka direman hingga 13 Jan ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kerana dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Kuala Lumpur.

Dalam kes lain, Muhamad Zaki berkata pihaknya turut menahan dua pemandu lori berusia 28 tahun di Kampung Batu 6, Batu Melintang, Jeli, semalam kerana disyaki menyeludup daun ketum bernilai RM20,000.

“Taktik licik penyeludupan daun ketum menggunakan lori tangki simen bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dibongkar apabila pemeriksaan lanjut pada lori menjumpai 2,000 kilogram daun ketum yang dibawa masuk dari negeri utara untuk pasaran Kelantan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan positif terhadap dadah jenis Benzo kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings