the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kos pembinaan lapangan terbang lawas dianggar RM600 juta: Abang Jo

LAWAS: Kos pembinaan Lapangan Terbang baharu Lawas di kawasan Sundar di sini, dianggarkan bernilai kira-kira RM600 juta, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar).

Katanya buat masa ini proses pampasan tanah sedang berlangsung dan fasa satu pembinaan lapangan terbang itu dijangka bermula pada suku pertama tahun hadapan.

Menurutnya bagi mempercepatkan proses pembinaan, kos pembinaan akan dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum bayaran balik dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

“Demi untuk kemudahan orang Lawas kita (kerajaan negeri) akan buat lapangan terbang sendiri. Kosnya juga bukan murah, kira-kira RM600 juta dan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mahu beri biar kita yang buat.

“Orang di Lawas sudah tunggu begitu lama (untuk ada lapangan terbang baharu). Kita akan ruding dengan Kerajaan Pusat nanti untuk mereka bayar balik kos RM600 juta itu,” katanya semasa berucap pada Program Sarawakku Sayang di sini, hari ini.

Lawas kini mempunyai lapangan terbang pendaratan dan pelepasan jarak pendek (STOL), yang telah beroperasi sejak 1961 dan, walaupun dinaik taraf pada 1996, ia terus mengalami isu banjir serta peningkatan penumpang dan kargo.

Pada 12 Ogos lepas, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilaporkan berkata lapangan terbang yang dijangka siap menjelang akhir 2026 itu akan menjadi pencetus perubahan yang mampu merangsang aktiviti ekonomi daerah paling utara di Sarawak itu.

Sementara itu, Abang Johari berkata Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) juga akan meneruskan agenda pembangunan di kawasan Lawas termasuk pembinaan pelabuhan serta lebuh raya baharu.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings