the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sistem ATC tidak stabil punca gangguan LRT laluan Kelana Jaya

KUALA LUMPUR: Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada Sabtu lepas dan semalam.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataannya memaklumkan pihak Thales Group di Kanada selaku pengilang peralatan asal (OEM) telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan tersebut.

“Setakat 5.30 pagi ini, sistem ATC dapat distabilkan dan perkhidmatan tren telah bermula, namun sebagai langkah keselamatan sistem tersebut masih dalam pemantauan bagi memastikan ia terus stabil,“ menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu sebagai langkah sokongan, perkhidmatan bas akan disediakan sekiranya perlu dan Rapid Rail memohon maaf atas gangguan perjalanan yang terpaksa dihadapi oleh semua pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Rapid Rail turut memaklumkan Prasarana Malaysia Berhad sedang melaksanakan proses penyelesaian menyeluruh untuk menukar sistem ATC secara keseluruhan dan ia dijangka dimuktamadkan dalam masa beberapa bulan lagi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings