the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada halangan calon hadir ke surau, masjid namun tidak dibenarkan berkempen

MELAKA: Tiada halangan untuk calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk beribadah atau menghadiri sebarang program serta aktiviti dianjurkan ahli jawatankuasa surau atau masjid di Melaka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Bagaimanapun, katanya calon adalah dilarang sama sekali menggunakan masjid, surau dan sekolah agama negeri itu bagi tujuan berkempen, seperti yang diarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sebelum ini.

“Untuk datang menunaikan solat tentunya tiada masalah, tetapi kita jangan salah gunakan rumah ibadah ini untuk platform berpolitik kerana ia tidak sesuai. Kita perlu tinggalkan semuanya di luar atau rumah seketika, kerana masjid atau surau semuanya datang daripada latarbelakang yang berbeza,” katanya.

“Sekiranya kita dijemput penganjur atau komuniti untuk sebarang program atau aktiviti datanglah dan tiada siapa yang menghalang, kalau tidak dijemput kita faham-faham sahajalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh di sini hari ini.

Semalam media melaporkan calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa, beliau dihalang menyertai program bersama kariah di sebuah surau di kawasan berkenaan, serta mendakwa kehadirannya bukan bersifat politik namun untuk memeriahkan aktiviti gotong-royong.

Terdahulu, Sulaiman menyampaikan bantuan kewangan bagi pembaikan penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan rumah ibadat selain Islam di Melaka, yang turut dihadiri Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) VP Shanmugan dan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings