the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tindakan segera perlu diambil selesai masalah sampah di lokasi tumpuan pelancong: Nga

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu tindakan segera diambil berhubung urusan kebersihan dan kutipan sampah di destinasi pelancongan di ibu negara yang didapati kurang memuaskan.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata beliau telah mengarahkan jabatan bertanggungjawab untuk memastikan tindakan segera diambil oleh syarikat konsesi Alam Flora supaya ada pelan tindakan pemantauan 24 jam di kawasan tumpuan pelancong seperti Jalan Ampang-KLCC, Bukit Bintang Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Medan Pasar dan Dataran Merdeka.

Beliau berkata ini susulan lawatannya ke sekitar ibu kota termasuk Petaling Street semalam yang mendapati urusan kebersihan dan kutipan sampah kurang memuaskan.

“Saya percaya syarikat Alam Flora akan mengambil tindakan segera untuk meningkatkan khidmat pengurusan sampah selepas lawatan saya semalam.

“SW Corp di bawah KPKT akan sentiasa menjalankan kerja-kerja pemantauan demi imej negara dan keselesaan rakyat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata kebersihan awam dan suasana yang kondusif amat penting untuk pembangunan industri pelancongan negara serta kesejahteraan rakyat.

Beliau juga berharap ibu bapa dapat memainkan peranan mendidik anak mereka agar tidak membuang sampah merata-rata sekali gus mencintai alam sekitar. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings