the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laporan awal tragedi Batang Kali dibentang ke Kabinet semalam: Nik Nazmi

CYBERJAYA: Laporan awal tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor pada 16 Dis lepas telah dibentangkan ke Kabinet semalam, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tanpa mendedahkan inti pati laporan berkenaan, beliau berkata laporan awal bencana tanah runtuh yang disediakan kementeriannya menerusi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) itu, telah dibaca oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebarang maklum balas dan tindakan seterusnya akan dilaksanakan selepas laporan penuh (tragedi itu) siap dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini hari ini sebagai mengulas status terkini laporan tragedi berkenaan.

Sebelum ini, Nik Nazmi dilaporkan berkata laporan penuh akan dibentangkan ke Kabinet dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) juga akan mengambil pendekatan holistik meliputi aspek undang-undang dan struktur pembangunan agar insiden sama tidak berulang.

Tragedi pada kira-kira 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings