the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SSM lanjut tempoh pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 sehingga 31 Dis 2022

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 Nov 2022 hingga 31 Dis 2022.

Melalui insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965, katanya dalam kenyataan hari ini.

SSM berkata lanjutan tempoh itu bertujuan membantu memberikan lebih masa untuk syarikat mengambil tindakan bagi mematuhi perundangan serta meringankan beban kewangan ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.

“Insentif ini telah dilaksanakan sela​ma empat bulan bermula 1 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022 sebelum dilanjutkan sehingga 31 Okt 2022,“ katanya.

SSM berkata semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke [email protected] atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia, dan secara dalam talian melalui pautan e-Kompaun atau di pautan portal EzBiz Online​.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel [email protected]. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings