the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parti politik hadir penamaan calon diminta patuhi peraturan ditetapkan

PUTRAJAYA: Semua parti politik dinasihatkan mematuhi peraturan terkini yang ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa hadir ke pusat penamaan calon (PPC) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata parti politik terutama pencadang dan penyokong yang berarak, perlu mematuhi peraturan supaya proses penamaan calon berjalan lancar.

“Harapan SPR dan seluruh rakyat Malaysia agar proses penamaan calon esok berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas meninjau PPC Parlimen Putrajaya di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini hari ini.

Antara perkara yang tidak dibenarkan pada hari penamaan calon iaitu penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik, melalui apa cara termasuk menerusi penggunaan kenderaan kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada hari penamaan calon itu juga, hanya calon, pencadang calon dan penyokong calon sahaja dibenarkan masuk ke PPC.

Orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon, dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.

Mengenai persediaan hari penamaan calon esok, Ikmalrudin berkata persiapan di semua PPC sedang giat dilaksanakan hari ini, oleh semua petugas pilihan raya yang dipertanggungjawabkan.

“Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar maknanya Pegawai Pengurus Pilihan Raya di seluruh negara sedang rancak buat persiapan,” katanya.

SPR menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Nov dan pengundian awal pula pada 15 Nov.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings