the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM kesan mesej tular aktiviti ‘push-pocket’, peras ugut di kawasan tumpuan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kegiatan jenayah push-pocket dan peras ugut berlaku di kawasan tumpuan seperti di lapangan terbang dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata mesej mengenai kegiatan itu telah tular sejak 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

“Menerusi mesej itu, penjenayah menggunakan modus operandi dengan memasukkan telefon bimbit atau dompetnya ke dalam beg mangsa sebelum menuduh mangsa mencuri barangan miliknya.

“Mangsa seterusnya akan didesak membayar sejumlah wang dengan alasan untuk menyelesaikan kes dan sekiranya tidak bersetuju, mangsa diugut bahawa kejadian ‘curi’ akan dilaporkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang mesej yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

Menurutnya, tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings