the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harimau Malaya tagih sokongan kuat peminat menentang Singapura: Pan Gon

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang perlawanan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam esok.

Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata peminat sentiasa memberi sokongan yang diperlukan pasukannya setakat ini, namun malam esok, sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura.

“Seperti selalunya saya rasa peminat bola sepak Malaysia memberi sokongan padu, yang amat dihargai, tetapi esok kami memerlukan sokongan istimewa daripada peminat bola sepak Malaysia untuk pemain-pemain Harimau Malaya.

“Esok akan kami jadikan seperti festival, jadi semua datanglah memberi sokongan kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik untuk berjuang demi anda,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil di sini, hari ini.

Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.

Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri esok, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol ‘epik’ lewat permainan – penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir.

Menurut perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia setakat 2.42 petang ini, sejumlah 38,819 tiket telah dijual menjelang pertembungan esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings