the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penemuan aliran bau sebabkan LRA Semenyih, Bukit Tampoi dihenti tugas: Exco

SHAH ALAM: Penemuan aliran bau yang berpunca dari lokasi kemalangan pati minyak wangi 24 Dis lepas menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata kedua-dua LRA yang dihenti tugas antara empat hingga enam jam bermula 7 malam itu bertujuan sebagai kawalan pencegahan susulan penemuan aliran pencemaran bau di Sungai Semenyih.

“Penemuan kesan bau hingga bacaan enam ton adalah selepas hujan lebat petang semalam. Ia susulan aliran sisa yang tersangkut dan terserap di sekitar kawasan tumpahan tempoh hari serta di jajaran sungai di luar kawasan Selangor.

“Penelitian Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati kesan tumpahan pati minyak wangi sebelum ini berkemungkinan telah meresap ke dalam persekitaran lokasi dan akan terlarut semula dengan aliran air terutama selepas hujan. Aliran sisa yang terlarut bersama air larian hujan ini seterusnya mengalir masuk ke Sungai Semenyih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hee berkata susulan pengesanan awal pencemaran yang berulang oleh LUAS pada 6.30 petang semalam, tindakan pencegahan awal dan pantas agensi kerajaan negeri berjaya dilakukan dan impak kepada operasi loji dapat diminimumkan.

Beliau berkata antara usaha dilakukan ialah meningkatkan langkah nyah bau dengan penambahan karbon aktif (AC) oleh LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kira-kira 24 beg yang keseluruhannya dianggar satu tan.

“Pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sedang melaksanakan kerja-kerja penyedutan sisa baki aliran yang tercemar di lokasi. Agensi kerajaan negeri juga berterusan melakukan pemerhatian dan tindakan untuk mengesan tumpahan di lokasi terlibat,” katanya.

Media semalam melaporkan LRA Sungai Semenyih ditutup pada 7 malam susulan insiden pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Sebelum ini, kemalangan yang membabitkan sebuah lori membawa muatan pati minyak wangi di KM44.1 Lebuhraya Utara-Selatan (Elite) arah utara berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan, menjadi punca LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi ditutup pada pagi 24 Dis 2022. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jollibee Group Brands Recognized as Top Three Most Valuable Restaurant Brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong Enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with Expanded Regional Medical Coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings