the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kim Jong Un dakwa AS cuba wujudkan NATO versi Asia

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Ahad berkata Amerika Syarikat (AS), dengan alasan mengukuhkan kerjasama dengan Korea Selatan dan Jepun, sedang mewujudkan “versi NATO Asia,“ lapor Sputnik.

“Pada 2022 AS kerap menggunakan pelbagai cara serangan nuklear di Korea Selatan pada tahap penempatan berterusan, meningkatkan tahap tekanan ketenteraan ke atas DPRK (Republik Rakyat Demokratik Korea) secara maksimum

“Dan pada masa yang sama, ia mendorong untuk merealisasikan kerjasama segi tiga dengan Jepun dan Korea Selatan pada skala penuh sambil berusaha untuk mewujudkan blok ketenteraan baharu seperti versi NATO Asia dengan alasan untuk “memperkukuh perikatan,“ kata Kim Jong Un dalam laporan mengenai mesyuarat pleno Parti Pekerja Korea, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik kerajaan.

Pemimpin Korea Utara itu juga menyatakan mengenai pentingnya untuk memperkukuh keupayaan pertahanan diri Pyongyang di tengah-tengah cabaran luar yang serius dan keadaan semasa hubungan antara Korea. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings