the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NGO gesa Kerajaan Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket penipuan

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia hari ini menggesa Kerajaan Laos untuk membantu membebaskan rakyat Malaysia yang jadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu yang mengabui mata mangsa dengan tawaran gaji lumayan.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) sebelum itu menyerahkan memorandum berkenaan di Kedutaan Laos di sini.

Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa 700 warga Malaysia dikurung, dipaksa terlibat dalam jenayah seperti penipuan dan perjudian dalam talian selain berhadapan ugutan dan siksaan.

Beliau juga mendakwa mangsa telah banyak kali membuat laporan kepada polis Laos tetapi tidak banyak tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa mengenai isu itu.

Hishamuddin berkata 10 mangsa berjaya diselamatkan daripada sindiket itu menerusi campur tangan Kedutaan Malaysia dan empat daripada mereka telah melarikan diri dari negara berkenaan.

Beliau juga berkata difahamkan sindiket terbabit menawarkan ganjaran setinggi US$2 juta untuk mereka yang berjaya menangkap mangsa yang melarikan diri.

Presiden MCCC Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mangsa yang pulang ke Malaysia supaya membuat laporan polis kerana kenyataan mereka amat berguna jika ada penglibatan rakyat Malaysia dalam sindiket itu.

“Tolong laporkan kepada polis jadi kenyataan anda boleh dirakamkan kerana kami mahu tahu sama ada terdapat ahli sindiket di sini yang terlibat membawa rakyat kita ke negara itu.

Pada masa ini, kami bekerjasama dengan Wisma Putra dan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat (berkaitan) dan mengusahakan pembebasan (mangsa) untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings