the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
31 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tahun Melawat Ipoh 2023 tonjol kehebatan lokasi percutian mesti dilawati

IPOH: Tahun Melawat Ipoh 2023 merupakan langkah yang sangat tepat bagi menonjolkan kekuatan dan kehebatan Ipoh sebagai lokasi percutian yang mesti dilawati.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sektor pelancongan adalah antara nadi penting pertumbuhan ekonomi negeri ini malah semakin menunjukkan tanda pemulihan yang sangat signifikan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Kita telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat domestik dan antarabangsa melibatkan Ipoh antara bandar kopi terbaik di Asia, 10 destinasi terbaik untuk mencuba makanan tempatan, dan bandar raya ‘underrated’.

Justeru, anak-anak Perak perlu bersama-sama berganding bahu memberitahu kepada dunia bahawa bumi bertuah Perak Darul Ridzuan mempunyai kehebatan dan keistimewaan tersendiri,” katanya ketika berucap melancarkan Tahun Melawat Ipoh 2023 bersempena Program Starvendors Foodstival X #travelPerakLah 2022 di sini malam ini.

Saarani berkata justeru itu, kerajaan negeri akan terus mempergiatkan lagi promosi produk dan destinasi pelancongan sedia ada dan baharu di Perak selain inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bantuan dan sokongan daripada orang ramai bagi bersama-sama membantu dalam meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri.

Menurutnya, selain itu, enjin penggerak ekonomi perlu selalu diperkukuhkan selain memperkasa program-program kesejahteraan rakyat berkaitan pelancongan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings