the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa intip dan hendap, lelaki diharap tampil kongsi pengalaman: Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja mungkin menjadi mangsa jenayah intip dan hendap, justeru Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan diwartakan sebagai akta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap sesiapa sahaja, terutamanya lelaki, tampil ke hadapan dan berkongsi dengan pihaknya apa jua yang dialami mereka.

“Setakat ini saya tidak pernah menerima sebarang perkongsian daripada lelaki, tetapi saya tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa juga, kerana jenayah intip dan hendap tidak mengira jantina atau latar belakang seseorang individu pada masa kini.

“Oleh itu, saya berharap lelaki tidak malu berkongsi, ini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama perjuangkan nasib mangsa intip dan hendap yang berhadapan dengan situasi sukar sebegini,“ katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi libat urus bersama Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) mengenai penggubalan RUU anti-stalking law itu di sini hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings