the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jadikan Sukma ke-20 arena buktikan kejaguhan atlet: PM

BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) menyeru warga sukan agar bangkit dan menjadikan pentas Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 sebagai arena membuktikan kejaguhan atlet negara serta terus mencetus kehebatan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata para atlet juga perlu menerapkan semangat untuk meneruskan rentetan kejayaan yang telah dilakar atlet negara di peringkat antarabangsa sebelum ini.

“Kontinjen negara berjaya melepasi sasaran pingat sebanyak 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei lepas diikuti pencapaian membanggakan kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel di Birmingham, England dengan tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa pada Julai.

“Lebih membanggakan, kita kini memiliki juara dunia dalam sukan badminton selepas penantian sejak sekian lama. Kejayaan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik membuktikan Keluarga Malaysia mampu menakluki persada dunia,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Sukma ke-20 MSN 2022 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia di sini malam ini.

Beliau bagaimanapun mengingatkan warga sukan Keluarga Malaysia agar tidak leka dan berpuas hati dengan setiap kejayaan kerana masih banyak halangan perlu diharungi untuk meneruskan kegemilangan yang sudah dilakar.

“Bangkitlah warga sukan negara. Jadikan pentas temasya Sukan Malaysia kali ini sebagai arena membuktikan kejaguhan supaya yang terbaik diangkat membawa cabaran negara, dengan pentas Sukan SEA di Kemboja tahun hadapan sebagai aturan langkah pertama mencetus kehebatan di peringkat tertinggi.

“Cerita kehebatan sebegitu mahu kita teruskan kerana menanti tahun hadapan juga adalah temasya Sukan Asia di Hangzhou, China sebagai platform persiapan terbaik untuk mengejar impian dan emas sulung pada temasya Sukan Olimpik di Paris pada 2024 nanti,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan akan terus meningkatkan kerancakan arena sukan negara melalui pelbagai program serta penyediaan peruntukan dan menyeru semua atlet agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang masing-masing untuk mengharumkan nama negara.

“Sokongan padu kepada Program Podium untuk merealisasikan kilauan emas Olimpik itu sudah ditunaikan dengan peruntukan kewangan berjumlah RM240 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata kerajaan sentiasa menyokong semua usaha serta inisiatif untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan dan pertandingan sukan yang menyediakan platform kompetitif bertaraf tinggi kepada atlet negara.

“Itulah komitmen kerajaan kepada arena sukan negara dan saya menyeru semua pihak, bermula dengan atlet-atlet muda yang bersaing di temasya Sukan Malaysia kali ini, untuk memanfaatkan setiap peluang yang menanti demi kemajuan sukan negara,” katanya.

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan persatuan sukan di semua peringkat atas usaha mereka memupuk serta mencambahkan perpaduan menerusi semangat kesukanan.

“Kita ketepikan sebarang perbezaan, tidak kira apa sekalipun untuk bersatu hati meletakkan kejayaan bersama sebagai tonggak kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Sukma ke-20 MSN 2022 yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 24 Sept ini menyaksikan 15 kontinjen termasuk Brunei mengambil bahagian dengan 426 acara dipertandingkan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings