the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penyelia syarikat berlesen ditahan bersama dadah bernilai RM25,550

IPOH: Polis Taiping merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM25,550 selepas menahan lelaki disyaki anggota sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di Kondominium Crystal Creek, Taiping, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid (gambar) berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan bersama dadah pelbagai jenis yang diisi dalam sebuah beg, ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Beliau berkata antara dadah yang ditemui adalah ekstasi, pil erimin serta ketamin, dan ujian saringan air kencing mendapati suspek yang merupakan seorang penyelia sebuah syarikat pinjaman wang berlesen, positif dadah.

“Selain dadah, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan milik suspek, dua bentuk cincin, sebuah telefon bimbit dan wang tunai, menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM153, 900,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razlam berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai jenayah rekod lampau iaitu di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka dan aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah sejak Ogos lepas.

Menurutnya suspek direman hingga 22 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings