the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan pegawai badan berkanun persekutuan minta wang suapan RM22,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pegawai badan berkanun Persekutuan yang dipercayai meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM22,000.

Menurut sumber wang berkenaan diminta daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

Suspek lelaki berusia 33 tahun yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di Sabah ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu Sabah pada jam 12.30 tengahari hari ini.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Karunanithy berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings