the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Biden tandatangan buku takziah penghormatan kepada Ratu Elizabeth II

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan isteri Jill Biden mengunjungi Kedutaan Britain di Washington D.C untuk menandatangani buku takziah sebagai penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis.

Ketibaan Biden dan isteri disambut Duta Britain Dame Karen Pierce dan suaminya kira-kira 6 petang waktu timur (2300GMT).

“Kami turut berdukacita… Baginda seorang wanita yang hebat, saya sangat gembira berpeluang bertemu dengan baginda,“ kata Biden. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kedutaan.

Sementara itu Jill Biden berkata baginda akan sentiasa dikenang.

Ratu Elizabeth II, 96, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain. Menurut Istana Buckingham, baginda mangkat di Istana Balmoral, Scotland.

Baginda sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan atas faktor usia dan terpaksa membatalkan beberapa acara atas nasihat doktor.

Kali terakhir Ratu Elizabeth II tampil di khalayak ramai ialah semasa sambutan Jubli Platinum pada Jun sempena ulang tahun ke-70 pemerintahan baginda.

Menurut kenyataan dikeluarkan tengah hari Khamis, Ratu Elizabeth II berada di bawah “pemantauan perubatan” di Balmoral di Aberdeenshire, Scotland.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings