the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JDT terlepas bawa pulang tiga mata penuh, terikat seri 1-1 menentang S’gor FC

KUALA LUMPUR: Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang tiga mata penuh bagi memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super terbantut selepas terikat seri 1-1 dengan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam semalam.

Selaku pelawat, JDT, dibimbing Hector Bidoglio. bagaimanapun pada mulanya selesa mendahului menerusi gol penalti dijaringkan Bergson Da Silva pada minit ke-33.

Babak pertama perlawanan kemudian mempamerkan asakan bertali arus skuad Merah Kuning cuba mencari gol penyamaan, namun gagal menggoncangkan kubu pertahanan JDT sehingga wisel separuh masa pertama ditiup.

Memasuki babak kedua perlawanan, kegembiraan JDT bagaimanapun tidak bertahan lama apabila giliran Selangor memecah kebuntuan pasukan mereka menerusi jaringan pemain import Brazil, Herlison Caion pada minit ke-65.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal membuat sebarang jaringan tambahan sehingga wisel separuh masa kedua ditiup.

Di Kuala Nerus, Terengganu FC (TFC) berpesta gol membenam Melaka United 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pasukan tuan rumah mendominasi permainan terlebih dahulu meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-16 menerusi Kpah Sherman yang menanduk cantik bola hasil hantaran lintang pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Bersambung babak kedua, skuad Penyu kembali meneruskan asakan dan berjaya mencetak gol kedua pada minit ke-61, menerusi Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim sebelum kapten pasukan, Kipre Tchetche menambah jaringan ketiga lima minit kemudian.

Pada minit ke-75, Tchetche menambah derita lawan apabila meledak gol keempat pasukan sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-80.

Pada aksi Liga Premier, Skuad Projek FAM-MSN menundukkan PDRM FC 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sementara Perak FC dihumban ke tangga terakhir liga selepas tewas 1-2 menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings