the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

M’sia kutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Naib Presiden Argentina

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya cubaan membunuh Naib Presiden Argentina Christina Fernandez de Kirchner(gambar) pada Khamis (1 Sept).

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), Malaysia bersolidariti dengan Kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan.

“Kami berharap agar pengganas itu akan segera dibawa ke muka pengadilan,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Media antarabangsa melaporkan beribu-ribu orang berhimpun di Buenos Aires, ibu negara Argentina, sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada naib presiden yang terselamat daripada percubaan bunuh itu.

Insiden itu dilaporkan berlaku di luar kediaman Fernandez de Kirchner selepas seorang lelaki cuba melepaskan tembakan ke arah beliau.

Fernandez de Kirchner pernah berkhidmat sebagai presiden Argentina.

Suspek telah ditahan pihak berkuasa dan siasatan awal mendapati penyerang dikenali sebagai Fernando Andres Sabag Montiel berusia 35 tahun bagaimanapun motif serangan masih disiasat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings