the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRU15: PDRM gerakkan 94,411 pegawai, anggota di seluruh negara – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur gerak seramai 94,411 pegawai dan anggotanya daripada 120,557 warga pasukan itu di seluruh negara untuk penugasan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (gambar) berkata PDRM mengambil maklum pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini bagi memberi laluan untuk PRU15.

Beliau berkata PDRM juga akan bekerjasama dengan semua agensi terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pemilihan demokratik itu nanti lancar.

“Selain penempatan anggota dan kerjasama dengan SPR, PDRM turut mengatur persediaan untuk berganding bahu dengan agensi penyelamat bagi menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam dalam tempoh berlangsungnya PRU15.

PDRM meminta orang ramai agar bekerjasama memainkan peranan agar pilihan raya umum kelak berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata sebagai anggota masyarakat yang matang dalam menghadapi senario politik, usaha semua pihak untuk mengelak daripada menyentuh perkara-perkara sensitif amat diperlukan.

Menurutnya, PDRM komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam perutusan khas yang disiarkan menerusi siaran langsung stesen televisyen tempatan, mengumumkan pembubaran Parlimen dan menyatakan bahawa ia dilaksanakan bagi menoktahkan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan, kerajaan pintu belakang dan kerajaan tebuk atap.

Perdana Menteri berkata dengan pembubaran itu, mandat akan dipulangkan kepada rakyat bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings