the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rusia bangunkan potensi eksport pertanian, sedia bantu negara membangun: Putin

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata potensi eksport Rusia semakin kukuh dan negara itu sudah bersedia untuk membantu negara-negara membangun, lapor Sputnik.

“Kami memenuhi permintaan domestik untuk produk asas dan penting selain menyediakan jaminan makanan yang boleh dipercayai.

“Selain itu kami sedang membina potensi eksport dan saya ingin tekankan perkara ini…kami bersedia untuk memberikan sumbangan untuk mengatasi krisis makanan global dan menyediakan bantuan diperlukan kepada negara-negara membangun paling miskin,“ kata Putin dalam satu kenyataan Ahad.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat sempena Hari Pekerja Industri Pertanian dan Pemprosesan.

Presiden Rusia itu mengakui bahawa sekatan Barat menimbulkan cabaran baharu tetapi negara akan tetap menyalurkan bantuan terhadap sektor berkaitan pertanian.

“Pertanian merupakan sektor utama ekonomi Rusia yang telah menunjukkan hasil meyakinkan dan kukuh dari tahun ke tahun.

“Oleh itu tahun ini kami menjangkakan penuaian bijirin mencecah rekod kira-kira 150 juta tan termasuk kira-kira 100 juta tan gandum manakala pengeluaran hasil ternakan juga meningkat,” katanya.

Putin turut menggesa untuk menaik taraf sektor teknologi untuk pertanian Rusia.

“…kita mesti meningkatkan potensi dalam pemilihan, genetik dan pembiakan benih, menggalakkan peralihan kepada peralatan dan teknologi domestik moden dan mewujudkan suasana untuk aliran masuk pelaburan.

“Kerajaan pada September meluluskan strategi sektoral yang telah dikemas kini merangkumi tugas-tugas yang berkaitan,“ kata Presiden Rusia itu.

Negara-negara Barat telah meningkatkan sekatan ke atas Rusia sejak Moscow melancarkan operasi khas ketenteraan di Ukraine.

Gangguan dalam rantaian bekalan telah menyebabkan harga bahan api dan makanan menjadi lebih mahal di seluruh Kesatuan Eropah mendorong inflasi ke paras tinggi serta menyebabkan kos sara hidup meningkat.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings