the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah empat beranak maut kemalangan di Kota Tinggi selamat dikebumikan

KOTA TINGGI: Jenazah empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Semanggar Dalam di sini semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja petang ini.

Pasangan suami isteri, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, serta anak mereka Nurfatihah Jannah berusia sembilan bulan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar pukul 5.30 patang.

Jenazah seorang lagi anak pasangan itu, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5, tiba lebih awal kira-kira 3.40 petang untuk dikebumikan secara berasingan di tanah perkuburan sama mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan disahkan positif Covid-19.

Terdahulu, jenazah Mohamad Suti, isteri dan anak perempuannya itu dibawa ke Masjid Jamek al-Sharif, Felda Pasir Raja sebelum disembahyangkan serta diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan kenalan.

Ketiga-tiga jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira-kira satu kilometer dari masjid untuk disemadikan dalam suasana pilu serta penuh hiba, dan hujan renyai.

Pasangan itu meninggalkan seorang cahaya mata Nur Suzila berusia lapan tahun yang kini di bawah jagaan ibu Siti Jamaliah, iaitu Rosni Sintingan, 53.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dilaporkan berkata kejadian pada pukul 1.20 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila Mohamad Suti yang membawa tiga lagi mangsa, gagal mengawal motosikal yang dinaiki mereka semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings