the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lelaki maut selepas kereta masuk gaung

SEGAMAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut apabila kereta yang dinaikinya bersama empat yang lain terbabas sebelum masuk ke dalam gaung di Jalan Buloh Kasap-Jalan Kuala Paya, dekat sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat Penolong Penguasa Muhammad Hazim Abd Razak berkata sebuah jentera bomba dengan enam anggota bergegas ke lokasi sejurus selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.06 petang.

Beliau berkata sebaik tiba bomba mendapati kereta Perodua Kancil itu berada di dalam gaung sedalam kira-kira 6 meter, dan ada seorang kanak-kanak cedera yang tersepit di tempat duduk belakang, manakala empat lagi mangsa terselamat, telah keluar dari kereta itu dengan sendiri.

“Rizz Haikal Ereyentoo yang tersepit dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas, namun dia disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Buloh Kasap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Muhammad Hazim berkata mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala empat yang lain iaitu seorang wanita berusia 39 tahun dan tiga lagi kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, tidak cedera.

Operasi ditamatkan pukul 5.29 petang.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings