the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pulau Pinang harap Bajet 2023 akan tangani isu pembangunan tenaga kerja

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang berharap kerajaan persekutuan akan menangani isu pembangunan tenaga kerja dalam Bajet 2023 untuk mengekalkan kelebihan daya saing Malaysia sebagai satu daripada destinasi pelaburan utama di rantau ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow(gambar) berkata pelbagai sektor ekonomi berdepan isu kekurangan tenaga kerja yang mencetuskan keperluan untuk menumpukan kepada langkah-langkah seperti membantu syarikat dalam usaha menambah kemahiran tenaga kerja mereka.

“Perlu ada peruntukan bajet yang lebih untuk pusat latihan dan kemahiran. Jika kita tidak dapat menambah kemahiran tenaga kerja kita, kita akan kehilangan kelebihan kompetitif kita di rantau ini.

“Kita perlu menumpukan kepada isu mendesak ini, jadi harapnya, bajet yang akan dibentangkan akan menangani kebimbangan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baharu Ernst & Young’s (EY) di sini, hari ini.

Meskipun para pelabur cenderung untuk melihat kepada banyak faktor seperti prasarana dan ekosistem sebelum melabur di pasaran baharu, Chow berkata aspek tenaga kerja boleh menjadi faktor utama bagi sesebuah negara untuk mendahului pesaingnya.

Selain itu, beliau berkata isu pengambilan pekerja asing juga terus menghantui syarikat di sini dan kegagalan untuk menanganinya akan menjejaskan keupayaan negara untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negara ini.

Sementara itu, rakan pengurusan EY Malaysia Datuk Abdul Rauf Rashid berkata pembukaan pejabat baharu itu membuktikan komitmen EY untuk mengembangkan perniagaannya di Pulau Pinang serta bekerjasama dengan pemegang kepentingan utama dalam kerajaan, perniagaan dan ahli akademik untuk membimbing dan membangunkan tenaga kerja dalam bidang perniagaan dan teknologi di Pulau Pinang dan juga Malaysia secara keseluruhan.

“Ini sejajar dengan dan menyokong agenda pembangunan tenaga kerja digital dan teknologi negara seperti yang digariskan dalam rangka tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan aspirasi kami untuk menjadikan pejabat EY di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebagai Pusat Kecemerlangan EY di rantau Asia Pasifik,” katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings