the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua kenderaan Tentera Darat rosak pada raptai sambutan Hari Kebangsaan 2022

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia mengesahkan bahawa dua kejadian kerosakan kenderaan Tentera Darat yang terlibat dengan raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian pertama berlaku pada semalam melibatkan sebuah kenderaan PT-91M Pendekar yang terlibat dalam acara perbarisan sambutan itu mengalami kerosakan di Jalan Damansara susur keluar Carcosa ke KL Sentral, di sini.

Menurut kenyataan itu, PT-91M Pendekar baru sahaja selesai menjalani raptai perbarisan itu dan dalam perjalanan ke tempat parkir Kenderaan Jenis A (KJA) sebelum berhenti secara tiba-tiba akibat masalah enjin yang dihadapi pada 10.30 pagi itu.

“Armoured Recovery Vehicle telah diaturgerakkan memberi bantuan menarik kenderaan itu dan telah berjaya dialihkan ke tempat parkir KJA di Muzium Negara, di sini pada 11 pagi itu untuk kerja-kerja pembaikan.

“Kejadian kedua berlaku pada hari ini iaitu pada 11.26 pagi tadi di Muzium Negara melibatkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai yang dalam perjalanan balik ke Kem Perdana Sungai Besi mengalami masalah enjin tidak dapat dihidupkan,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu, anggota mekanik diatur gerak ke lokasi dan membuat kerja pembaikan dan kenderaan tersebut siap dibaiki pada 12.30 tengah hari tadi dan meneruskan kembali perjalanan.

“Untuk makluman, sebanyak 129 aset kenderaan tentera darat terlibat dalam perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022.

“Oleh yang demikian, Tentera Darat memohon maaf susulan dua insiden yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

Tentera Darat juga akan memastikan kejadian sedemikian tidak berulang dan jika berlaku, Recovery Team bersama Kembalik (kenderaan trak tunda tentera) yang telah berada di lokasi berhampiran akan bertindak pantas menunda kenderaan tersebut bagi mengelak kesesakan lalu lintas.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings