the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PTPTN nasihat peminjam terbeban kewangan tampil bincang cari penyelesaian

KUALA TERENGGANU: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinasihatkan tampil bersemuka bagi membuat penjadualan semula hutang sekiranya mengalami masalah kewangan.

Pengerusinya Apli Yusoff berkata PTPTN memahami kesusahan yang dihadapi peminjam terutama sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang berlarutan selama lebih dua tahun.

Justeru pihaknya sentiasa terbuka dan sedia berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengelak peminjam menanggung kadar bayaran balik yang boleh membebankan mereka.

“Kita faham dalam tempoh pandemik ramai peminjam yang dibuang kerja dan terpaksa menggunakan wang simpanan kecemasan untuk meneruskan kehidupan.

“Jangan takut dengan PTPTN. Kami bukan pengutip hutang sebaliknya kami terbuka dan fleksibel untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan bebanan kewangan mereka,“ katanya pada Program Ramah Mesra PTPTN Bersama Media Terengganu di sini malam tadi.

Apli berkata antara kaedah penyelesaian yang boleh dicadangkan kepada peminjam ialah mengurangkan jumlah bayaran bulanan dan memanjangkan tempoh bayaran semula hutang.

Beliau berkata setakat Julai tahun ini lebih dua juta atau 81.7 peratus peminjam telah membuat bayaran pinjaman balik PTPTN mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.

Dalam pada itu, Apli turut menggalakkan ibu bapa supaya membuat simpanan dalam tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang mempunyai pelbagai manfaat jangka panjang untuk pelajaran anak-anak.

Beliau berkata dengan melakukan tabungan awal, kebergantungan kepada pinjaman dapat dikurangkan sekali gus mengelak pelajar terbeban dengan hutang selepas tamat belajar.

“Ramai tidak tahu bahawa pendeposit yang membuat simpanan dalam SSPN boleh mendapat pelepasan cukai taksiran ke atas simpanan hingga RM8,000 dan perlindungan takaful percuma.

“Selain itu, pendeposit SSPN yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 juga layak untuk pemberian geran sepadan hingga RM10,000 bagi penerima manfaat (anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading,“ katanya.

Menurut Apli, jumlah deposit terkini di SSPN ialah sebanyak RM12.65 bilion melibatkan 5.49 juta akaun seluruh negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Taiwan entrepreneur Time Light Care brings smart elderly care to mainland as silver economy...

Time Light Care is expanding smart elderly care services in mainland China by combining Taiwan's long-term care experience with digital health technologies, as rising demand and supportive policies drive growth in the country's rapidly expanding silver economy.

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings