the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

RUU antilompat parti: N. Sembilan tiada masalah pinda undang-undang tubuh negeri

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai sebarang masalah bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, dikuat kuasa.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun(gambar) bagaimanapun berkata agenda pindaan itu, tidak sempat untuk dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan yang dijadualkan pada Ogos ini, memandangkan memerlukan masa 14 hari untuk menghantar notis kepada Adun.

“Insya-Allah, kita akan bawa dalam persidangan selepas itu, mungkin dalam November ini. Kerajaan negeri tiada masalah, kita nampak semua menyokong. Kita meraikan keputusan (lulus RUU) tersebut yang akan memberi keyakinan kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Ia juga memberi harapan kepada rakyat, rakyat dah jemu, muak tak suka kita lompat (parti) sesuka hati tanpa berbincang dengan pengundi yang memilih mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Patologi Veterinar Malaysia Kali ke-13 di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan semua negeri di bawah pentadbiran mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meminda Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri secepat mungkin, selepas RUU itu diluluskan.

Lim dipetik sebagai berkata langkah itu bagi membolehkan RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dapat diseragamkan dan dikuat kuasa di peringkat negeri sebelum PRU15.

Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah apabila RUU berkenaan diluluskan dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings