the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemotong rumput mengaku tidak bersalah perdaya wanita babit hampir RM96,000

SEREMBAN: Seorang pemotong rumput mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan memperdaya seorang wanita mendapatkan perkhidmatan tradisional atau bomoh tidak wujud sehingga mangsa kerugian hampir RM96,000 pada Mac lepas.

Tertuduh, Mohamad Aizat Ahmad, 24, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam prosiding di dua mahkamah berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Salleh, Mohamad Aizat didakwa memperdaya seorang pegawai kewangan berusia 42 tahun bagi mendapatkan perkhidmatan tradisional (bomoh) tidak wujud kononnya boleh menyembuhkan penyakit misteri dialami mangsa.

Tindakan tersebut mendorong mangsa menyerahkan barang kemas dan wang tunai RM4,000 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM15,362.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap wanita itu sehingga mendorongnya memindahkan wang berjumlah RM34,020 ke satu akaun bank sebuah syarikat.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Senawang, di sini, kira-kira jam 6 petang pada 19 Mac lepas.

Sementara itu, di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin, tertuduh turut berdepan dua pertuduhan melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada masa dan lokasi sama menyebabkan wanita itu memindahkan wang masing-masing berjumlah RM14,530 dan RM32,000 ke dalam akaun bank sebuah syarikat yang berbeza.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi dan Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings