Saturday, November 1, 2025
26.1 C
Malaysia
spot_img

Pelajar perempuan cedera terjatuh dari bangunan sekolah di Shah Alam

Bernama

Polis sahkan pelajar tingkatan satu cedera selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah di Shah Alam, kes disiasat bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu sebuah sekolah di daerah ini cedera selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa mengalami luka di dahi serta kaki dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan stabil.

BACA: Siasatan penuh penuntut UM maut jatuh bangunan sedang dijalankan

Beliau mengesahkan kejadian pelajar perempuan tingkatan satu jatuh semalam dari tingkat satu sekolah berkenaan.

Mohd Iqbal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img