the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini

LAHAD DATU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam terutama melibatkan sistem saraan pada 30 Ogos ini.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat(gambar) berkata pihaknya berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

“Diharap ada khabar gembira daripada Perdana Menteri pada perhimpunan bulanan penjawat awam hujung bulan ini.

“Pada luaran, orang melihat penjawat awam bahagia, namun hakikatnya tiada siapa yang mengetahui melainkan penjawat awam itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Ceupacs Bersama Penjawat Awam di sini hari ini.

Menurutnya, satu mesyuarat kongres Ceupacs telah diadakan di Kota Kinabalu pada Jun lepas dan segala input yang diperoleh berkaitan keperluan penjawat awam, sudah disampaikan kepada kerajaan.

Cuepacs menurutnya berjuang memastikan kebajikan penjawat awam terjamin sewaktu negara berhadapan pandemik Covid-19 dan akhirnya bersetuju memberi antaranya bantuan khas.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings